Askar upahan asas ekonomi Switzerland Ekonomi_Switzerland

Pengawal Swiss di Vatican, Pengawal Swiss yang setia dan berani diberi tanggungjawab penuh untuk melindungi Paus.Pengawal Swiss ketika Revolusi Perancis.

Pada zaman dahulu, semua orang Swiss menjadi askar upahan di negara yang kekurangan askar. Mereka dibayar untuk berperang. Apabila menyebut askar upahan pada zaman bergolak dahulu, ramai akan terfikirkan Switzerland. Pada Zaman Pertengahan, Switzerland adalah negara yang miskin di Eropah. Ini juga melambangkan tanda aras reputasi orang Swiss. Salah satu cerita terkenal mengenainya ialah keberanian askar upahan Raja Louis XVI. Semasa Revolusi Perancis, apabila semua angkatan tentera melarikan diri daripada serangan musuh, pengawal Swiss tetap mempertahankan majikannya sehingga nafas terakhir.

Askar-askar upahan ini membawa pulang mata wang asing dan menjadi asas ekonomi Switzerland. Seterusnya, Switzerland mengembangkan industri negara dengan produk tenunan kapas dan pembuatan jam.